I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, January 31, 2011

KEJOHANAN MERENTAS DESA MSSD PEKAN 2011

            Pada 27 Januari 2011 (Khamis), MRSM Tun Abdul Razak Pekan telah menghantar pasukan  merentas  desa lelaki dan perempuan bawah 15 tahun. Kejohanan tersebut telah diadakan pada jam 8.00 pagi dan bermula di dataran Pekan. MRSM Tun Abdul Razak telah menghantar seramai 16 orang terdiri daripada 8 orang lelaki dan 8 orang perempuan bagi menyertai kejohanan ini.

Keputusan kejohanan adalah seperti berikut:
Secara keseluruhannya pasukan lelaki telah mendapat Johan Berkumpulan Lelaki Bawah 15 Tahun

Lelaki 15 Tahun
Ahmad Izzuddin B. Mohamad - Tempat ke-3
Muhamad Azaki B. Rusli         - Tempat ke-5
Saiful Amam B. Ahmad           - Tempat ke-11

Perempuan 15 Tahun
Nur Zetty Sofia Bt. Bunyaimi   - Tempat ke-6

Piala Iringan Johan Lelaki Bawah 15 Tahun

Pingat Keseluruhan
Pingat Kategori Lelaki Bawah 15 Tahun
Pingat Kategori Perempuan Bawah 15 Tahun
Logo MSSP

Dengan kejayaan diharap dapat meniup semangat kepada semua atlet MRSM Tun Abdul Razak Pekan dalam menyertai semua acara yang akan datang.

Sunday, January 30, 2011

KEJOHANAN RAGBI 2011

       Pada tahun ini pasukan ragbi MRSM Tun Abdul Razak akan menyertai beberapa kejohanan. Setakat ini hanya pasukan bawah 15 tahun yang ada dan latihan diadakan sepanjang tahun. Unit Kokurikulum menanti kemasukkan pelajar tingkatan 4 untuk dipilih bagi pasukan bawah 18 tahun. Untuk makluman pelajar tingkatan 4 akan mendaftar pada 7 Februari 2011 dan mempunyai masa 5 hari untuk dilatih sebelum menyertai kejohanan. Adalah diharap pelajar tingkatan 4 yang akan memasuki MRSM Tun Abdul Razak  berpotensi sukan ragbi. 
Berikut adalah jadual kejohanan ragbi yang akan disertai pada tahun 2011 tidak termasuk surat jemputan yang akan menyusul.

Bulan Februari 2011 : 
1. KEJOHANAN RAGBI SENTUH KOLEJ 12 (TERBUKA) KALI-6 2011 UPM
    pada 12.2.2011 (Sabtu)  
2. KEJOHANAN RAGBI USM 10'S 2011
    pada 12-13.2.2011 (Sabtu dan Ahad)


Bulan Mac 2011:
1. KEJOHANAN RAGBI MSSD PEKAN
    pada 22-23 Mac 2011 (Selasa dan Rabu)


Bulan Mei 2011:
1. PESTA RAGBI INTER MRSM 2011
    pada 5-8 Mei 2011 (Khamis hingga Ahad)


 Latihan Pasukan Bawah 15 Tahun

 Pasukan Junior (Form 1)

 Latihan Pasukan Perempuan (Ragbi Sentuh)

 Speed Training


More Drill

Friday, January 21, 2011

WELCOME TO MARA JUNIOR SCIENCE COLLEGE

myMetro | Boleh semak permohonan ke MRSM mulai hari ini

Adalah diharapkan pelajar yang memasuki MRSM Tun Abdul Razak bukan sahaja cemerlang dalam akademik tetapi cemerlang juga dalam aktiviti kokurikulum dan sukan sekaligus menjadikan pelajar yang holistik terhadap semua bidang. Unit Kokurikulum amat berharap pelajar yang akan mendaftar akan merebut peluang yang ada ketika menuntut di MRSM seluruh Malaysia.

Berita Harian Online | Subjek Pendidikan Jasmani boleh gilap pelapis sukan negara

Berita Harian Online | Subjek Pendidikan Jasmani boleh gilap pelapis sukan negara

Thursday, January 20, 2011

PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLA SEPAK BAWAH 15 TAHUN

 Pasukan Bola Sepak MRSM Tun Abdul Razak

 Sesi 'Warming Up'



 Pasukan Maktab Melakukan Regangan
 
 Bersalaman Dengan Pasukan Lawan


Pada 20 Januari 2011, pasukan bola sepak bawah 15 tahun MRSM Tun Abdul Razak telah mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan bawah 15 tahun SMK Dato Mahmud Mat. Perlawanan tersebut diadakan di padang SMK Dato Mahmud Mat jam 5.30 petang. 
             Dengan semangat juang yang tinggi pasukan MRSM Tun Abdul Razak telah menumpaskan pasukan SMK Dato Mahmud Mat dengan jaringan 4-1. Ini merupakan penampilan sulung pasukan bola sepak maktab mengadakan perlawanan pesahabatan bola sepak sejak berpindah dari MRSM Bentong pada bulan Mei 2010. Perlawanan ini juga merupakan platform bagi memilih pemain bola sepak bawah 15 tahun untuk mewakili maktab di kejohanan SUPER dan MSSD pekan.
           Terima kasih kepada guru-guru yang hadir dan penyokong daripada Kelab Bola Sepak Maktab. Tahniah daripada Unit Kokurikulum dan diharap kejayaan tersebut akan diteruskan pada masa akan datang.

Wednesday, January 19, 2011

AGIHAN MRSM MENGIKUT ZON

JADUAL MRSM MENGIKUT ZON  TAHUN 2011

BIL
BARAT
TIMUR
UTARA
SELATAN
1
Tawau
Pengkalan Chepa
Beseri
Tun Ghafar Baba, Jasin
2
Kota Kinabalu
Kuala Berang
Pengkalan Hulu
Muar
3
Felda Trolak
Kota Putra
Balik Pulau
Muadzam Shah
4
Serting
Kuala Terengganu
Pendang
Alor Gajah
5
Kuala Kubu Bharu
Kuantan
PDRM Kulim
Pontian
6
Pasir Salak
Pasir Tumboh
Langkawi
Batu Pahat
7
Tun Ghazali Shafie, Kuala Lipis
Jeli
Transkrian
Terendak
8
Kuala Klawang
Kuala Krai
Merbok
Mersing
9
Lenggong
Besut
Kubang Pasu
Gemencheh
10
**Bentong
Gerik
Kepala Batas
Kuching
11
*Parit
Tun Abdul Razak, Pekan
Taiping
Betong
12
*Kuala Kangsar
Tumpat
Baling
Mukah
13
*Sandakan
*Tanah Merah
*Arau
*P. Gudang

*MRSM yang belum beroperasi.
**MRSM ditutup sementara

Tahun ini merupakan tahun pertama MRSM Tun Abdul Razak menyertai zon timur dalam kejohanan sukan permainan dan akademik. diharap penampilan pertama ini akan mengejutkan semua MRSM di seluruh negara.

TAKWIM KEJOHANAN SUKAN DAN PERMAINAN MRSM TUN ABDUL RAZAK TAHUN 2011


JANUARI
TARIKH
AKTIVITI
TEMPAT
27
MERENTAS DESA (MSSD PEKAN)
SMK INDERA SHAHBANDAR




FEBRUARI
TARIKH
AKTIVITI
TEMPAT
8 - 9
PING PONG (MSSD PEKAN)
SMK DATO MAHMUD MAT
12
GOLF (MSSD PEKAN)
SMK NENASI
16 - 18
GIMRAMA (MSSD PEKAN)
MSSD / PT




MAC
TARIKH
AKTIVITI
TEMPAT
8 - 10
TENPIN BOWLING (MSSD PEKAN)
UNIT SUKAN / MSSP
20 – 22
KEJOHANAN SILAT (INTER MRSM)
MRSM KOTA PUTRA
20 -22
TAEWANDO (INTER MRSM)
MRSM BESUT
22 – 23
RAGBI (MSSD PEKAN)
SBP INTEGRASI
24 - 25
SEPAK TAKRAW (MSSD PEKAN)
SMK CHINI 2
28 – 29
BOLA TAMPAR (MSSD PEKAN)
SMK CHINI TIMUR
29 – 30
BOLA JARING (MSSD PEKAN)
SMK T. ABDULLAH
30 – 1 APRIL
BOLA BALING (MSSD PEKAN)
SMK LEPAR
31
MEMANAH (MSSD PEKAN)
MSSD / PT
31 – 3 APRIL
PESTA SUKAN & PERMAINAN
(MENENGAH RENDAH)
MRSM PASIR TUMBUH




APRIL
TARIKH
AKTIVITI
TEMPAT
5
SOFBOL (MSSD PEKAN)
SMK UBAI
6
BOLA KERANJANG (MSSD PEKAN)
MSSD / PT
6 – 8
OLAHRAGA (MSSD PEKAN)
MSSD / SMK AHMAD SHAH
11 – 13
BOLA SEPAK (MSSD PEKAN)
B15 – SMK PEKAN
B18 – SMK AHMAD SHAH
13 – 14
BADMINTON (MSSD PEKAN)
SMK CHINI
14
CATUR (MSSD PEKAN)
SMK PALOH HINAI
14 – 15
TENIS (MSSD PEKAN)
MRSM
20 – 22
HOKI
SMK PERAMU JAYA
23 - 26
PESTA SUKAN & PERMAINAN
(MENENGAH ATAS)
MRSM TUN ABDUL RAZAK




MEI
TARIKH
AKTIVITI
TEMPAT
5 – 8
PESTA RAGBI (INTER MRSM)
MRSM TERENDAK




JUN
TARIKH
AKTIVITI
TEMPAT
25 - 28
PESTA SUKAN & PERMAINAN (AKHIR)
MRSM BATU PAHAT




PERTANDINGAN KAWAD KAKI UNIT BERUNIFORM (KEMPORI) 2011

Pertandingan kawad kaki antara Unit Beruniform MRSM Tun Abdul Razak telah diadakan pada 19 Januari 2011 (Rabu) jam 3.00 petang hingga 5.00 petang di dataran maktab. Pertandingan ini telah disertai oleh pelajar tingkatan 3 yang merupakan peserta bagi KEMPORI pada tahun ini. Sebanyak 9 badan beruniform mengambil bahagian dalam acara ini. Pihak urusetia telah menjemput juri undangan dari IPD Pekan iaitu L/KPL Mohd Nasir B. Daud dan L/KPL Sarban B. Hj. Abu Samah. Majlis penyampaian cenderamata kepada juri telah disampaikan oleh pengetua MRSM Tun Abdul Razak, Tn. Hj. Mohd. Yusoff B. Hassan. Turut menyaksikan pertandingan ini ialah TP Hal Ehwal Pelajar, Tn. Hj. Mohd Zawawi B. Mamat dan TP Hal Ehwal Akademik Dr. Hamzan B. Omar selain para guru dan pelajar-pelajar. Secara keseluruhannya, pertandingan ini berjalan seperti yang telah dirancang. Tahniah diucapkan kepada urusetia yang bertungkus lumus membuat persiapan yang rapi.


 Sijil Juri

 Cenderamata Juri

 Perbarisan Mula

 Sesi Taklimat

Pengakap

 Pandu Puteri

Kadet Bomba

 Kadet Polis

 Jabatan Pertahanan Awam

 Brass Band


Puteri Islam

 PBSM

Kadet Remaja Maktab