Pertandingan kawad kaki antara Unit Beruniform MRSM Tun Abdul Razak telah diadakan pada 19 Januari 2011 (Rabu) jam 3.00 petang hingga 5.00 petang di dataran maktab. Pertandingan ini telah disertai oleh pelajar tingkatan 3 yang merupakan peserta bagi KEMPORI pada tahun ini. Sebanyak 9 badan beruniform mengambil bahagian dalam acara ini. Pihak urusetia telah menjemput juri undangan dari IPD Pekan iaitu L/KPL Mohd Nasir B. Daud dan L/KPL Sarban B. Hj. Abu Samah. Majlis penyampaian cenderamata kepada juri telah disampaikan oleh pengetua MRSM Tun Abdul Razak, Tn. Hj. Mohd. Yusoff B. Hassan. Turut menyaksikan pertandingan ini ialah TP Hal Ehwal Pelajar, Tn. Hj. Mohd Zawawi B. Mamat dan TP Hal Ehwal Akademik Dr. Hamzan B. Omar selain para guru dan pelajar-pelajar. Secara keseluruhannya, pertandingan ini berjalan seperti yang telah dirancang. Tahniah diucapkan kepada urusetia yang bertungkus lumus membuat persiapan yang rapi.
Sijil Juri
Cenderamata Juri
Perbarisan Mula
Sesi Taklimat
Pengakap
Pandu Puteri
Kadet Bomba
Kadet Polis
Jabatan Pertahanan Awam
Brass Band

Puteri Islam
PBSM
Kadet Remaja Maktab
No comments:
Post a Comment